Tips apabila ditimpa bencana alam

Kita dikejutkan dengan kes banjir di Kelantan yang sekarang ni semakin merebak hingga ke Selangor. Dalam keadaan panik, kita mungkin akan terlupa beberapa benda yang penting bagi memastikan urusan kita pada masa selepas bencana lebih mudah.

Disini ada beberapa tips yang amat perlu dikongsikan. Perkongsian dari seorang likers di FB kami.

TIPS MENYIMPAN DOKUMEN PENTING

DOKUMEN PENTING ANDA
* surat beranak
* kad pengenalan
* geran rumah/geran tanah
* urusan perbankan
* surat nikah
* surat keizinan isteri utk anda kahwin lagi
* sijil akademik
* insurans
* geran/hakmilik kenderaan
DAN APA SAJA DOKUMEN YG DI PERLUKAN SEBAGAI BUKTI KE ATAS SEGALA 
TUNTUTAN DAN PEMILIKAN

CARA NYA
1. SCAN DOKUMEN DENGAN RESOLUSI YANG BAIK
2. E-MAIL PADA DIRI SENDIRI DAN PADA SUAMI/ISTERI
3. E-MAIL PADA ORANG YANG ANDA PERCAYA
4. SAVE DI 'CLOUD'

moga ini dapat membantu sekiranya salinan asal rosak atau hilang.

Foto kredit kepada Pakjocko.com

Comments

Popular Posts