7 langkah untuk hidup penuh MOTIVASI!!

Kadang-kadang dalam hidup seharian kita ni kita akan pernah rasa tidak bermaya & bermotivasi. Lumrahlah hidup sebagai insan. Sedangkan iman pun akan naik dan turun, apatah lagi motivasi diri.

Jadi untuk entry kali ini, kami nak share 7 petua untuk hidup penuh motivasi yang telah dikongsikan oleh Dr Azizan Osman dalam kelas-kelasnya.

1. Tetapkan matlamat BESAR anda dengan jelas. Tetapi tetapkan juga matlamat kecil yang akan membawa kepada matlamat BESAR tersebut. Orang yang biasa dengan kejayaan kecil akan kehausan untuk kejayaan besar.

2. HABISKAN apa yang anda mulakan. Orang yang biasa melakukan sesuatu separuh jalan akan terbiasa melakukan semua perkara dalam hidupnya secara separuh jalan.

3. BerSOSIAL dengan mereka yang mempunya minat yang sama serta minda positif yang sama. Cuba perhatikan 5 kawan rapat anda adalah siapa? Adakah majoritinya positif atau sebaliknya?

4. Belajar untuk belajar dengan PANTAS di dalam mencari sumber atau maklumat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Orang berjaya adalah mereka yang tahu dengan pantas di mana atau dengan siapa mereka boleh dapatkan sumber maklumat yang betul jika mereka perlukan bantuan.

5. Buat sesuatu yang menggunakan BAKAT & MINAT anda. Ini akan menyebabkan anda akan gembira melakukannya lebih lama & lebih intensif.

6. Sentiasa tingkatkan ILMU pengetahuan anda di dalam bidang atau industri yang ingin anda kuasai. Lagi banyak kita tahu tentang sesuatu perkara, lebih banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.

7. Berani ambil RISIKO. Tidak ada istilah kegagalan melainkan bila kita berhenti mencuba. Kegagalan hanyalah 1 proses mencapai kejayaan apabila kita belajar untuk memperbaikinya.

Ini adalah petua yang boleh membantu anda dan juga kami dalam meningkatkan kualiti diri kita. Bukan senang tapi bukan mustahil jugak. Jadi marilah kita sama-sama spread & share agar keluarga mahupun rakan-rakan dapat manfaat yang sama.

Sekian untuk entri kali ni.

Assalamualaikum.

Hanya di Kreatif Squad Production😄

Comments

Popular Posts