3 tips hadapi budaya kahwin "terover-bajet"

Mane2 event yang kami pergi mesti cantik. Ini memang konfem. Dengan pelamin indah, lampu hiasan cantik menaikkan lagi mood romantik, pakaian pengantin yang gorgeous2. Tambah lagi dengan photobooth yang kreatif-kreatif. Memang ohsem. Ni jugak la salah satu sebabnya kenapa kami terjerumus kedalam industri photo video ini. 

We love beautiful things. ;)

Namun kadang-kadang bila pergi shoot pengantin, terdetik jugak rupanya ini lah trend masa kini. Kalo poket kita "masyuk", mungkin inilah cara yang terbaik untuk raikan memori sekali seumur hidup kita itu (Cik Ta banyak sponsor xpe..he3). Tapi bagaimana pula jika poket kita "masak", terpaksalah bergolok bergadai, berhutang keliling pinggang.

Kos perkahwinan harini sudah pun mencecah rm50,000 pada tahun 2013. Berapalah agaknya kos pengurusan perkahwinan pada tahun 2015 nanti. Mungkin dengan pakej yang sama, kos perkahwinan pada 2015 bakal mencecah rm80,000 - rm100,000. Ini sangat lah tidak mustahil dengan kenaikan yang pelbagai pada tahun hadapan.(xnak ulas isu ni, 7 hari 7 mlm pun belum tentu habis..he3)

Jadi anak2 muda yang bakal berkahwin ada dua pilihan samada untuk 
1)Ikut trend sekarang 
2)Kearah perkahwinan "mampu buat"

Kami faham bukan senang untuk buat perkahwinan "mampu buat". Ini mungkin disebabkan untuk menjaga hati ibu ayah, pak cik makcik mahupun memenuhi permintaan keluarga bakal mertua. Jadi kami sertakanlah sikit tips untuk membantu anda kearah perkahwinan "mampu buat".

3 tips menghadapi perkahwinan "terover-bajet"

1)Buatlah perkahwinan serentak dengan adik beradik yang lain. 

Tak kisah 2 pasangan ke, 3 pasangan ke, 4 pasangan ke yang penting dapat bahagikan kos majlis untuk kurangkan beban kita. Ada org kate kahwin ramai-ramai ni kurang seri pengantin..betul ke? Pada kami x de isu kurang seri ni sebab rahmat Allah lagi penting berbanding sume tu. Islam kan sarankan kesederhanaan.

2)Kahwin dalam dewan

Daripada buat majlis dengan 5-10 biji khemah di rumah, mungkin lebih murah kalo sewa dewan. Lagipun, kalo lepas event kita x perlu dah susah2 nk kemas rumah. Kemas kat dewan je dah ok...balik umah dah boleh rehat dgn tenang :)

3)Penting ke gambar & video? 

bagi kami sangat2 la penting(ini la jawapan kalo tanye photographer/videographer..he3). Sebabnye kenangan gambar & video inilah sahaja yang akan dapat bertahan bergenerasi lamanya untuk menceritakan secara detail majlis sekali seumur hidup anda. Special kan? Tapi untuk pastikan anda dapat jimatkan kos & pada masa yang sama simpan kenangan anda, amikla pakej "shoot n burn". Maksudnya gambar & video yang diambil akan disimpan dalam bentuk softcopy. Bila dah ade extra bajet nnt barulah print-outkan utk buat album @ untuk diframekan.

Macam-macam lagi cara yang kita boleh buat. Just think positive n be creative. Minx pendapat keluarga pun boleh. Sama2 kita brainwash untuk kebaikan bersama. Kalo ada idea nak kongsi-kongsikan kat bawah ni pun boleh.

Selamat berkahwin & menjimatkan kos :)

Ikhlas dari kami Kreatif Squad Production.

Comments

Popular Posts