Salam Merdeka yang Ke-56

30.08.13-inilah tarikh yang pernah menjadi tahun yang keramat 56 tahun lepas.

Detik yang mengubah segalanya. Mengubah arah tuju Malaysia. Merubah struktur ekonomi Malaysia. Merubah sistem demografik Malaysia. Dan yang paling penting sekali merubah sistem pentadbiran Malaysia.

56 tahun sudah berlalu, banyak yang dah berubah. Dan dari hari-ke sehari, dunia semakin bergolak. Pelbagai isu sekarang menjadi tajuk utama berita-syria,mesir, gaza, palestin,israel dan pelbagai lagi.

Tapi bila diperhatikan semuanya berpusing disekitar satu perkara sahaja iaitu agama Islam. Agama Islam semakin terancam. Israel & sekutunya semakin berani & lantang menentang. Jadi apa kaitannya isu ini dengan merdeka?

Tidak banyak kaitan pun, cumanya Malaysia adalah satu negara yang mendukung agama Islam sebagai agama rasmi. Harapnya anda boleh membuat kesimpulan sendiri. Mungkin kita tidak menjadi tajuk utama akhbar hari ini. Tapi, siapa boleh jamin esok kita akan masih kekal aman?

Walauapapun, sekurang-kurangnya hari ini kita sedekahkanlah Al-Fatihah untuk negara tercinta kita, Malaysia. Berdoalah dengan bersungguh2 meminta perlindungan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya dialah yang maha memberi & maha melindungi.

P/S:admin lebih prefer moto "bersamalah kita pertahankannya" berbanding official moto...sorry..he3


Comments

Popular Posts